Anda mesti mempunyai akaun Next untuk membuat pesanan. Jika anda pelanggan sedia ada, anda boleh memasukkan alamat e-mel yang didaftarkan dan kata laluan anda untuk log masuk sebelum mula membuat pesanan anda.
Cuma klik pada item, pilih saiz dan tekan 'Tambah ke Beg' untuk membuat pesanan. Jika anda mengetahui nombor item, anda boleh memasukkan nombor itu ke dalam kotak carian atau menggunakan pilihan 'Belian Pantas' kami. Anda juga boleh melihat-lihat kategori kami menggunakan menu ke bawah di bahagian atas halaman.
Setelah selesai membeli-belah, pilih 'Pergi ke Semak Keluar' daripada beg membeli-belah anda.
Jika anda tidak mempunyai akaun Next, jangan bimbang - anda boleh membuka akaun anda semasa Semak Keluar.
Kemudian anda boleh memilih kaedah pembayaran dan melengkapkan pesanan anda.
Kami akan menghantar pengesahan e-mel ke alamat e-mel anda yang didaftarkan setelah pesanan berjaya dibuat, ini akan mengambil masa selama beberapa jam untuk diterima. Jangan lupa untuk turut menyemak folder sarap dan spam anda!
Jika anda ingin membuat pesanan melalui telefon, kami beroperasi selama 24 jam sehari. Harap maklum bahawa kami hanya menerima pesanan melalui telefon jika anda membuat pembayaran menggunakan kredit atau debit. Alamat pengebilan kad kredit atau debit anda mesti sepadan dengan alamat penghantaran anda.